Tuesday, September 7, 2010

Pandu Smart Sampai Kampung Selamat

Time2 raya da nak dekat ni korang tau2 je la entry kali ni berkisarkan apa ye,.Dah tentu la nak citer pasal raya kan.Tapi sebelum korang beraya sakan dekat kampong,pastikan pembaca2 blog apyz’s ni ambil langkah2 keselamatan yang sepatutnya terlebih dahulu.Bak kata tema yang apyz’s baru cipta ni,"PANDU SMART SAMPAI KAMPUNG SELAMAT".Bukan apa,kalau korang tak ambil langkah2 keselamatan ni,korang jugak yang merana nanti.kalau korang je yang merana takpe la,sekali ngan apyz’s pun turut serta tau.Ye lah,mane taknye kalau jadi benda pape yang tak diingini dekat korang blog apyz’s yang baru setahun jagung ni pun akan terjejas sama.Jangan ambik ati ye,cuma bercandah.

Untuk info korang jugak,berdasarkan OPS SIKAP yang dijalankan pada tahun lepas,bilangan kemalangan semakin meningkat dari tahun sebelumnya tau....
Jadi,supaya korang lebih berwaspada apabila memandu nanti,korang try tengok2 gambar kemalangan ngeri yang telah meragut nyawa pada musim perayaan di bawah ni.
   
                                    

Macam mana?Takut?Ngeri?Jadi nak tak nak,korang wajib ikut langkah2 keselamatan yang apyz’s nak bagi ni taw.Langkah pertama,3 hari sebelum korang bertolak balik ke kampung periksa kenderaan korang terlebih dahulu.Kalau ada pape yang rosak tu,gantikanla yang baru.Second,periksa angin tayar kenderaan korang tu,jangan terlebih dan jangan terkurang angin ok.Seterusnya,buat perancangan perjalanan,yang mana korang kena cari jalan alternatif yang tidak banyak kenderaan menggunakan jalan tersebut.Langkah keempat,berborak dengan penumpang dalam kenderaan anda atau pasang je radio tu,walaupun korang tak mau dengar,biar je radio tu memekak supaya tidak berasa mengantuk.Kemudian,apabila mata korang tu dah mengantuk,eloklah korang berhenti sekejap dan tidurlah sebentar.Last,hah ni yang paling best,korang berayalah sepuas semampu korang kat kampung tu.

No comments: