Tuesday, April 12, 2011

Perlawanan Bola Sepak: Perak Menang Besar Menumpaskan Kelantan

Perak VSKelantan-Sports_LNi merupakan sambungan entri tadi yer,Link sini.

Tahniah buat Pasukan Perak! Perak telah menumpaskan Kelantan dengan menang besar dalam perlawanan bola sepak malam ni. Jaringan 4-0 yang dijaringkan oleh pasukan perak telah memalukan pasukan Kelantan yang mendiami kedudukan takhta liga sebelum ini.

Tindakan jurulatih Perak,Norizan Bakar yang memasukkan Razali Umar merupakan satu tindakan yang bijak apabila hasil hantaran beliau membolehkan Pasukan Perak memperoleh gol yang ketiga.Gol tersebut telah memusnahkan semangat Pasukan Kelantan dan akhirnya Razali Umar sekali lagi menunjukkan belangnya apabila berjaya menyumbangkan gol ke-4 untuk pasukan Perak pada malam ini.

Man of the match malam ni aku rasa dapat kat Razali Umar.Satu benda yang aku musykil kat sini,Apa dah jadi kat Khairul Fahmi,Penjaga Gol utama pasukan kebangsaan kita..?Melepaskan 4 gol?

1 comment:

Zharif Alimin said...

alamak negeri kawe kalah...