Pages

Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Tuesday, April 12, 2011

Perlawanan Bola Sepak: Perak Menang Besar Menumpaskan Kelantan

Perak VSKelantan-Sports_LNi merupakan sambungan entri tadi yer,Link sini.

Tahniah buat Pasukan Perak! Perak telah menumpaskan Kelantan dengan menang besar dalam perlawanan bola sepak malam ni. Jaringan 4-0 yang dijaringkan oleh pasukan perak telah memalukan pasukan Kelantan yang mendiami kedudukan takhta liga sebelum ini.

Tindakan jurulatih Perak,Norizan Bakar yang memasukkan Razali Umar merupakan satu tindakan yang bijak apabila hasil hantaran beliau membolehkan Pasukan Perak memperoleh gol yang ketiga.Gol tersebut telah memusnahkan semangat Pasukan Kelantan dan akhirnya Razali Umar sekali lagi menunjukkan belangnya apabila berjaya menyumbangkan gol ke-4 untuk pasukan Perak pada malam ini.

Man of the match malam ni aku rasa dapat kat Razali Umar.Satu benda yang aku musykil kat sini,Apa dah jadi kat Khairul Fahmi,Penjaga Gol utama pasukan kebangsaan kita..?Melepaskan 4 gol?

Perlawanan Bola Sepak antara Perak dan Kelantan

Perak VSKelantan-Sports_LPerlawanan Bola Sepak antara Perak dan Kelantan malam ni antara perlawanan yang baik ketika ini.Masing-masing menyerang untuk memperolehi gol.Walaubagaimana pun,Perlawanan antara Perak dan Kelantan malam ni lebih menyebelahi tuan rumah iaitu Perak dengan jaringan 2-0 pada separuh masa pertama ni.Okeyh,Jom sambung tengok second half pulak.Adakah Kelantan akan bangkit?Ataupun Perak akan terus mengekalkan rentak permainannya..?Sama-sama kita nantikan..

Monday, April 11, 2011

Gandingan Muda Lee Men Yen dan Chow Men Kua Juara Badminton Beregu Wanita Proton Terbuka Kuala Lumpur 2011

badmintonTahniah! kepada gandingan muda Lee Men Yen dan Chow Men Kua kerana telah berjaya bergelar juara Badminton kategori beregu wanita Proton Terbuka Kuala Lumpur 2011.Mereka masing-masing baru berusia 17 tahun tapi aksi mereka telah berjaya menumpaskan beregu-beregu wanita yang senior lain.Mereka masing-masing berasal dari Melaka dan Kuala Lumpur itu bermain dengan tenang dalam setiap perlawanan yang mereka tempuhi.

Daripada pandangan aku tentang mereka ni,mereka mempunyai semangat juang dan skill bertahan mahupun attacking yang tinggi.Aku rasa gandingan muda Lee Men Yen dan Chow Men Kua ni patut diberi peluang untuk mewakili Malaysia..Harap BAM akan mengasah lagi bakat mereka ni.Mungkin ni lah peluang Malaysia untuk mendapat banyak lagi kemenangan dalam acara badminton kategori beregu Wanita..

Sunday, April 10, 2011

Selangor vs T-Team Semalam

Selangor-V-T-Team-Arena(L)Salam semua,

Korang semua dah sedia maklum kan?Walaupun mainly blog ni pasal fotografi tapi aku ni jenis suka berblogging juga,So mau tak mau blog ni berkisarkan pasal kehidupan aku juga la ye..

Okeyh! First aku nak ucapkan Syabas & Tahniah kepada T-Team yang telah berjaya menumpaskan Selangor 2-0 semalam..Walaupun aku sokong Selangor semalam..Selangor dah bermain baik pada first half semalam tapi nak buat macam mana luck tak ada..Dah ditakdirkan kata orang.

T-Team pula bukan main lagi yer sekarang..Dah beberapa kali kalahkan Team2 gergasi..Kelantan dan Selangor gigit jari je laa..Haha!

P/s: Team Kedah apa dah jadi? Negeri aku tu weyh!