Pages

Saturday, September 25, 2010

Konsert Gig Paramore di Bukit Jalil Kuala Lumpur 2010


     Akan datang....Paramore,kumpulan punk rock yang famous di Amerika Syarikat kini
sudah gelisah apabila live kumpulan ini tidak lama lagi akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil,
pada 19 Oktober ini.
     Paramore yang popular dengan lagu Decode yang terselit dalam filem Twilight,
kedatangan mereka membuat show di sini disokong oleh perkhidmatan prabayar Tune Talk
dengan kerjasama Tune Tones serta penerbangan terkemuka kini,AirAsiaRedTix.
Keua Pegawai Eksekutif Tune Talk,Jason Lo,sangat berbangga dapat membawakan kumpulan ini
untuk peminat-peminatnya di Malaysia.
     Kumpulan yang berasal dari Franklin,Tennessee ini....
.,telah memenangi pelbagai anugerah muzik dan
banyak membuat konsert showcase di luar negara.Kumpulan ini dikenali apabila berjaya mencipta fenomena tersendiri dengan pencalonan mereka dalam Anugerah Grammy 2008(kategori Artis Baru Terbaik).
Paramore juga telah berjaya menjual album kedua mereka yang diberi nama Riot! sehingga melebihi
dua juta unit seluruh dunia.Album terbaru mereka,Brand New Eyes,pula sudah dilancarkan sekitar penghujung tahun lalu.Paramore dianggotai oleh Hayley Williams,Josh Farro,Taylor York,Jeremy Davis,dan Zac Farro.
    Untuk membeli tiket konsert Paramore Live in Kuala Lumpur 2010,
sila layari http;//www.rockthisjoint.com.my.
Harga Tiket:
 1-Lokasi berdiri Zon Rock(RM358)
 2-Tempat duduk bebas(RM268,RM168,RM98)

No comments: