Pages

Saturday, October 2, 2010

Koma Selepas Diragut

Salam Blogger,
frontpage Entry hari ni apyzs nak bangkitkan pasal peragut yang meragut seorang ibu muda anak satu. Mangsa ragut koma akibat kepalanya terhantuk selepas diterajang oleh salah seorang peragut tersebut ketika menunggang motosikal bersendirian di Jalan Pinang di Kuantan, kelmarin.
Akibat kejadian tersebut,Wan Noresah Mat Isa, 24, dari Kampung Paya Pinang, Jalan Sungai Lembing, kini terlantar di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini kerana mengalami pendarahan beku di kepala kerana hentakan kuat.Semasa kejadian,mangsa menunggang motosikal untuk pulang ke rumah ibunya di Kampung Paya Pinang selepas singgah di rumah sewanya di Kampung Padang.
Peragut terbabit yang menunggang motosikal tiba-tiba menghampiri dan menendang mangsa hingga terjatuh dan merampas telefon bimbit, wang tunai serta dokumen penting dianggarkan bernilai RM1,000......

Wan Noresah yang bekerja sebagai kerani di sebuah pasar raya di Jaya Gading, Jalan Sungai Lembing, di sini, ditemui seorang penduduk kampung yang melalui tempat kejadian dalam keadaan berlumuran darah di kepala serta tidak sedarkan diri.
Abang mangsa, Wan Azhar, 31, berkata dia dimaklumkan kejadian menimpa adiknya oleh penduduk kampung, kira-kira jam 9.35 malam.“Sebaik tiba di tempat kejadian, saya mendapati adik saya tidak sedarkan diri dengan mukanya berlumuran darah selain terdapat kesan luka di badan,” katanya. Menurutnya, kebiasaannya, Wan Noresah pulang ke rumah jam 5 petang, namun pada hari kejadian dia pulang lewat kerana mengira stok barangan di tempat kerjanya.“Tergamak peragut terbabit menendang adik saya hanya kerana ingin mencuri telefon bimbit dan wang tunai,” katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, semalam.Menurutnya, suami Wan Noresah bekerja sebagai kelasi kapal dan kini berada di Mesir sudah dimaklumkan mengenai kejadian menimpa isterinya.
HARAP MAKLUM: (Artikel ini diambil dari surat khabar Metro,2hb 10 2010)

No comments: