Sunday, October 10, 2010

Si Pemburu Virus

si pemburu virus



Salam blogger,
  Hari ni apyzs nak entrikan tentang kejayaan Uncel Looi kita,Kalau korang nak tau uncle kat gambar sebelah ni hebat gileerrrr…!Nak tau apa yang hebatnya tentang uncel ni,.?Jom sama-sama kita baca lagi…

   Ok,Uncel Looi ni merupakan seorang konsultant virus komputer di Looi Software di Pulau Tikus,Pulau Pinang.Kalau  korang tengok personaliti dia ni nampak bersahaja je kan,tapi padahal..,fuuhhhhh hebat..!

  Opppss! lupa lak nak bagitau nama penuh dia…Nama penuh Si pemburu virus ni ialah Dr. Looi Hoong Thoong,yang berumur 67 tahun..
  Pemegang Ijazah Sarjana Muda Arkitektur ini berkata...., kerjayanya sebagai pereka program komputer amat memerlukan ketajaman fikiran dan kejaya dalam bidang ini  lebih mencabar berbanding arkitek pembinaan.Menurutnya,seorang arkitek hanya duduk atas kerusi dan memikirkan projek yang hendak dilaksanakan.Ianya tidak melibatkan pengiraan dan kod bahasa seperti pereka perisian....

“Kerjaya kreatif ini bermula ketika usia saya sembilan tahun apabila saya berjaya mencipta sebuah alat pencetak gambar hitam putih bersaiz kecil.Tidak sangka dengan menggunakan peralatan sedia ada di rumah sahaja seperti kaca, transistor dan litar, saya berjaya menghasilkannya walaupun dalam bentuk tidak seberapa,”katanya yang mengaku tidak gemar menelaah bahan bacaan sejak zaman persekolahan.
“Inilah gaya hidup saya sejak di bangku sekolah sehinggalah melanjutkan pengajian ke Universiti Adelaide di Australia pada tahun 1962.

LANGKAH KEJAYAANNYA:
>>Emak selalu memukul saya kerana malas membaca buku dan guru selalu memarahi saya kerana tidak memberi tumpuan di dalam kelas.
Uncel Looi rasa tidak perlu untuk mebaca buku kerana dengan melihat formula-formula dan tajuk sesuatu buku tersebut dia sudah dapat mengetahui apa yang terkandung dalam buku itu.
>>Minat dalam bidang elektronik bermula selepas beliau menyaksikan tayangan filem bersiri popular pada awal tahun 1960 iaitu The Man From U.N.C.L.E.
Setelah menonton,Uncel Looi berjaya mencipta pintu pagar kawalan radio di rumahnya yang masih berfungsi dengan baik sehingga kini.
>>Kemunculan mikro-komputer.
Beliau mula berjinak-jinak dalam bidang perkomputeran.Tetapi pada masa itu,beliau tidak mempunyai wang untuk membeli sebuah komputer yang berharga RM5000 sebuah.Oleh ketiadaan wang sebanyak itu,beliau sedaya upaya mengunjungi kesemua kedai buku untuk membelek buku-buku dan majalah yang ada kaitan dengan cara mencipta komputer.Akhirnya beliau berjaya mencipta CPU yang rangka luarnya menggunakan kayu.
PERMULAAN KEMUNCULAN ANTIVIRUSNYA SENDIRI (V-BUSTER)..
  Semuanya bermula selepas seorang rakan memberinya dua keping disket antivirus, Brain dan Denzuko.Sebaik balik ke rumah, saya terus membuat salinan disket itu. Malangnya, CPU komputer saya pula dijangkiti virus yang berpunca daripada disket itu.Sepanjang hari saya membelek komputer itu dan cuba membaikinya termasuk mencipta satu program antivirus ringkas menggunakan mesin kod ciptaan sendiri bagi menggantikan bahagian yang dijangkiti virus tersebut.

  Walaupun telah berjaya menghasilkan perisian antivirus sendiri, Looi tidak menjualnya.Beliau cuma membuat salinan perisian itu sebelum mengedarkan secara percuma kepada rakan-rakan.Hanya tidak lama kemudian barulah beliau menjualnya pada harga RM4 di kedai IRM Komputer di Komtar, Pulau Pinang dengan jenama V-Buster.Menjelang tahun 1991, V-Buster sudah pun dikenali di pasaran Australia, Amerika Syarikat dan Eropah.

  Sehingga kini, terdapat 1.5 juta pengguna berdaftar yang menggunakan perisian antivirus tersebut di negara ini.Sepanjang kerjayanya memerangi virus komputer, Looi sudah menemui lebih tiga juta virus.

11 comments:

Kuman Chaos said...

memang power.. ingat aku amsa aku belajar dulu masa tahun 90, dia punya antivirus memang popular eheh
kuman..."blogwalking power" entry

apyz's said...

abis sekarang ni masih guna antivirus tu lg ke?masigh power?

Sekapur Sireh said...

wah mmg power r uncle ni... x der duit beli pc, buat sendiri trus...

apyz's said...

haha...uncle ni otak apa aku pun tak tau laaa..genius giler

Syamil Hafiy said...

muka dia mcm pakcek2 tepi jalan je. tpi hebat pulak. hehe

apyz's said...

aah kan...nnti klu terserempak ngan dia jgn wat bodo je taw...mintak la kat dia duit sikit...

Black_roses92 said...

memang best la tak payah nak beli av.. hehe

apyz's said...

mmg la best tapi time nak buat tu msti sakit otak pnye

apyz's said...

haha...uncle ni otak apa aku pun tak tau laaa..genius giler

apyz's said...

aah kan...nnti klu terserempak ngan dia jgn wat bodo je taw...mintak la kat dia duit sikit...

Syamil Hafiy said...

muka dia mcm pakcek2 tepi jalan je. tpi hebat pulak. hehe