Dalam akhbar KOSMO hari ni,berita kematian seorang bayi perempuan yang baru berusia empat hari di Seremban menjadi topik utama akhbar itu.
Kejadian ini terjadi kira-kira pukul 1.15 petang ekoran tindakan seorang datuk meninggalkan cucunya di ruang tamu bersendirian.Bayi yang belum sempat diberi nama itu disyaki mati akibat menjadi mangsa serangan kera jantan liar di Taman Gembira,Rasah,SEREMBAN semalam.Difahamkan bayi tersebut mengalami cedera parah di kepala,telinga,leher dan muka akibat digigit haiwan berkenaan.
Menurut datuk mangsa,A Valayutham,70,dia meninggalkan cucunya di ruang tamu seketika kerana hendak mengambil minuman di dapur.Sebelum kejadian,ibu mangsa,V. Revathy,26,pergi ke bilik air manakala isteri Valayutham sedang memasak di dapur.
Selepas beberapa minit...
