Tuesday, October 5, 2010

Kisah Ghaib Seorang Gadis

SITI BALQIS / HILANG   Seorang gadis berusia 22 tahun, Siti Balqis Mohd Nor dari Kampung Gong Nangka, Apal,Besut sering kali ghaib secara misteri apabila menjelang waktu senja dan pada waktu tengah malam..Pelik dan misteri kisah yang mula terjadi kira-kira 2 bulan yang lalu ini..Kejadian ini pasti dianggap aneh dan tidak logik bagi sesetengah pihak tapi itulah yang dialami olehnya.
  Walaubagaimanapun,gadis ini tetap ditemui semula walaupun ser ing kali ghaib.Yang menganehkan lagi,gadis ini ditemui semula di lokasi yang sukar dijelaskan kehadirannya,lokasinya seperti di tanah perkuburan,di atas pokok,di atas siling dalam rumahnya dan dalam kejadian terbaru kelmarin,Siti Balqis ditemui dalam mesin pembancuh simen berhampiran rumahnya.Biarpun dikawal rapi keluarganya,gadis itu tetap ghaib apabila individu yang mengawalnya leka atau terlepas pandang beberapa detik saja.
Kejadian ini diceritakan dengan terpirinci lagi oleh ibunya sendiri Norizan Said, 47..Beliau berkata…
,
"pelbagai usaha dilakukan keluarganya dan jiran untuk menghalang anak sulung daripada empat beradik itu ghaib, tetapi apabila tiba waktunya dia tetap hilang.“Kejadian menimpa anak saya memang aneh. Sejak dua bulan lalu hampir setiap malam dia ghaib dari rumah menyebabkan kami sekeluarga terpaksa berjaga malam.”
Yang peliknya,apabila ditanya kepada Siti Balqis sendiri,dia sendiri sukar memberi penjelasan dan tidak tahu apa sebenarnya berlaku ke atasnya.
“Setiap kali kejadian berlaku,saya  tidak  sedarkan diri. Apabila sedar, saya dapati diri saya berada di tempat lain, sama ada di atas pokok atau kawasan perkuburan.

“Saya dapat melihat orang mencari saya, tapi saya tak berupaya memanggil mereka. Ketika saya berada di kubur dalam kejadian Ramadan lalu, saya mendengar pelbagai bunyi termasuk suara orang mengaji al-Quran dan menangis,” katanya.

3 comments:

Haezzah said...

takut la dgr cter hilang2 mcm nih....hehehe...
tapi, betul ke bomoh tu?

apyz's said...

tu la pasal...macam x logik pun ada..tp alam ghaib ni mmg wujud,nak x nak kena la pecaya jugak..

apyz's said...

tu la pasal...macam x logik pun ada..tp alam ghaib ni mmg wujud,nak x nak kena la pecaya jugak..