Thursday, October 7, 2010

Bayi Meninggal Dunia Angkara Kera

frontpage


   Dalam akhbar KOSMO hari ni,berita kematian seorang bayi perempuan yang baru berusia empat hari di Seremban menjadi topik utama akhbar itu.
   Kejadian ini terjadi kira-kira pukul 1.15 petang ekoran tindakan seorang datuk meninggalkan cucunya di ruang tamu bersendirian.Bayi yang belum sempat diberi nama itu disyaki mati akibat menjadi mangsa serangan kera jantan liar di Taman Gembira,Rasah,SEREMBAN semalam.Difahamkan bayi tersebut mengalami cedera parah di kepala,telinga,leher dan muka akibat digigit haiwan berkenaan.
   Menurut datuk mangsa,A Valayutham,70,dia meninggalkan cucunya di ruang tamu seketika kerana hendak mengambil minuman di dapur.Sebelum kejadian,ibu mangsa,V. Revathy,26,pergi ke bilik air manakala isteri Valayutham sedang memasak di dapur.
   Selepas beberapa minit...
,Valayutham tersentak apabila terdengar jeritan Verathy yang mendapati anknya hilang.
Velayutham menjadi cemas dan kemudiannya bergegas mencari bayi tersebut di luar rumah.Setelah puas mencari,Velayutham mendapati tubuh kecil cucunya terbaring di tepi sebatang pokok bunga dalam keadaan dipenuhi dengan darah.Pada masa yang sama Velayutham juga terlihat beberapa ekor kera berlari memasuki belukar yang terletak bersebelahan dengan rumahnya.Velayutham kemudiannya bergegas membawa cucunya ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJ) sebelum bayi malang itu disahkan mati akibat kecederaan yang serius.

10 comments:

toyolkiut said...

payah bila haiwan liar idup dalam komuniti manusia..
rasanya ini bukan kes pertama seumpamanya..

apyz's said...

tu la,zoo celah mana la nak campak haiwan2 yang liar ni...?

zaL_cdpx said...

nk boh dlm sangkar ksian.., xboh dlm sngkar cmnie lak jd nyer !

lgpn ksian ! umo xpjg !

apyz's said...

xkng budi tol kera tu kan..hehe

zaL_cdpx said...

tw xper !!!

boh dlm sngkr br tw...hihihiii

FiNa said...

kesian baby tu... nama pon belum bubuh lagi...

Qhamel said...

hayat dye xpnjang.. ksian..

FiNa said...

kesian baby tu... nama pon belum bubuh lagi...

Qhamel said...

hayat dye xpnjang.. ksian..

zaL_cdpx said...

tw xper !!!

boh dlm sngkr br tw...hihihiii