Pages

Wednesday, October 6, 2010

Gadis Ghaib Dirawat 7 Orang Bomoh

   Salam Blogger,

   Apa macam korang semua..?ada sihat ka?ok,entri ni adalah sambungan daripada entri Kisah Ghaib Seorang Gadis yang apyzs buat semalam..Jom baca sambungannya…..

   Ibu Balqis,Norizan Said,47,telah membawa Balqis kepada tujuh orang bomoh untuk mengubatinya secara tradisional..Ahli Dewan Undangan Negeri(Adun) Jabi,Ramalan Ali juga turut hadir dalam usaha mengubati 'Gadis Ghaib’ ini.Menurut Norizan,sejak berita mengenai anaknya disiarkan Harian Metro kelmarin,kediamannya menjadi tumpuan penduduk yang ingin mengetahui cerita sebenar yang menimpa Siti Balqis selain memberi kata-kata semangat.Norizan juga berkata....
,dia dan keluarga sentiasa berdoa agar semua usaha yang dilakukan itu dapat merungkai kisah misteri anaknya,termasuklah mendapatkan khidmat pengamal perubatan tradisional dan tokoh agama.

    Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri,Muhammad Ramli Nuh,menyifatkan kejadian yang menimpa Siti Balqis tidak mustahil berlaku.

“Alam ghaib memang wujud dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dengan kehendak Allah ke atas hambanya dengan memberi hijab,” Katanya yang mengulas lanjut.

    -Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri-

No comments: